Monday, August 5, 2019

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan



PENGENALAN


Parlimen : Labuan

Alamat : Pekan Sri Pantai, Peti Surat 82235, 87032 Wilayah Persekutuan Labuan.

No Tel : 087-414 614 / 087-420 615 / 087-420 614


Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan terletak ditengah-tengah Pulau Labuan beralamat sebagaimana yang tertera di atas. Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM), merupakan tempat di mana semua masyarakat setempat boleh hadir bagi mengasah kemahiran dan menigkat sumber pendapatan. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM), antaranya :

  • Pendidikan Kemahiran Masakan
  • Pendidikan Literasi Komputer
  • Pendidikan Kemahiran Jahitan dan Seni Tangan

SEJARAH KEMAS

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali dengan nama KEMAS yang juga merupakan singkatan daripada “KEMAJUAN MASYARAKAT”. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ditubuhkan secara rasmi oleh Y.A.B Tun Abdul Razak Bin Hussien tahun 1961 Melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional Penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu adalah berdasarkan Bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama Tanah Melayu Mencapai Kemerdekaan iaitu pada 1957 telah menunjukkan seramai 1,868,948 Orang dewasa dan 2,379,213 Orang kanak-kanak yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.

Sehubungan dengan itu, dapat dilihat berdasarkan dapatan kajian, ini menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada than 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping, Perak. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat Kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60.

1 Kampung 1 Produk


Program 1 Kampung 1 Produk

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga memainkan peranan sebagai Agensi Pelaksana melalui pelbagai Program antaranya Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) iaitu dengan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk mebolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalabkan projek-projek ekonomi dalam pelbagai sector.